Monday, 5 December 2011

aktiviti berpengakap


Simpulan

Simpul Buka Sila ( Reef Knot )
 - mengikat kain pembalut luka dan menyambung tali yang sama besar saiznya.


Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend )
- menyambung 2 utas tali yang sama besar dengan tali yang tidak sama besar.




Simpul Manuk ( Clove Hitch )
- mengikat tali pada tiang atau balak.
- memula & mematikan sesuatu ikatan.




Simpul Tindih Kasih ( Bowline )
- membuat tajul yang tidak boleh menjerut.
- digunakan semasa kerja-kerja menyelamat.




Lilit Dua Simpul ( round turn and two half hitches )
- mengikat hujung tali pada tiang, pokok, dll.
- mengikat hujung tali khemah.



Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping )
- mematikan hujung tali











                                 Lambang Pengakap Dunia



a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan Pengakap seluruh dunia.'

b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap.
c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud  sepuluh Undang-Undang Pengakap.
d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia.
e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia.
f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan. :http://en.wikipedia.org/wiki/

Hormat Pengakap
- diberikan semasa :
   a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atau orang kenamaan.
   b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah
   c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.
Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak  : Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda           : Selalu Sedia
Pengakap Remaja         : Pandang Luas
Pengakap Kelana          : 

pengakap Raja




Ke Arah Mendapatkan Anugerah Pengakap Raja

Lencana-lencana Kemajuan Pengakap Muda
1. Lencana Keahlian
2. Lencana Usaha
3. 2 Lencana Kegemaran
4. Lencana Maju
5. 3 Lencana Pengetahuan
6. 3 Lencana Perkhidmatan
7. Lencana Jaya

*Nota*
Lencana Ahli Berkhemah bagi Lencana Pengetahuan dan Lencana Ahli Pertolongan Cemas wajib didapatkan.

Setelah mendapat Lencana Jaya seseorang Pengakap Muda akan dianugerahkan Rambu Pengakap Muda setelah memenuhi syarat-syarat tertentu.


Lencana-lencana Tertinggi Pengakap Remaja
1. Lencana Jayadiri
2. Lencana Kemahiran
3. Lencana Kegiatan
4. Lencana Ekspidisi
5. Lencana Perkhidmatan

Setelah mendapat 5 lencana Pengakap Remaja, seseorang Pengakap Remaja akan dianugerahkan Rambu Pengakap Remaja setelah memenuhi syarat-syarat tertuntu.


Ke Arah Mendapatkan Anugerah Pengakap Raja
Setelah dianugerahkan Rambu Pengakap Muda dan Rambu Pengakap Remaja, seseorang Pengakap akan menduduki Ujian Sikap Pengakap Raja yang akan berlangsung selama 5 hari dan 4 malam. Ketika Ujian Sikap Pengakap Raja, sesesorang Pengakap akan dinilai sikap dan teladannya di mana seseorang Pengakap itu akan berkhemah, membuat khidmat masyarakat dan membuat ekspedisi.

Setelah lulus Ujian Sikap Pengakap Raja, seseorang Pengakap akan melalui peringkat terakhir iaitu Pentarafan Pengakap Raja. Semasa Pentarafan Pengakap Diraja, seseorang Pengakap akan diuji semua aspek berpangakap. Seseorang calon perlu membina satu tapak perkhemahan secara berseorangan serta diuji dalam bidang masakan rimba, pemetaan, simpulan & ikatan, projek perintis, kawat dan pertolongan cemas.Seseorang Pengakap perlulah terlebih dahulu menghadiri Ujian Sikap Pengakap Raja sebelum layak menghadiri Pentarafan Pengakap Raja.

Pentarafan Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan yang dijalankan di peringkat negeri yang berlangsung selama 3 hari dan 2 malam. Dalam tempoh itu, seseorang calon akan diuji dalam : -
1. Kawat
2. Simpulan & Ikatan
3. Pertolongan Cemas
4. Pemetaan
5. Masakan Rimba
6. Projek Perintis

Seseorang calon diwajibkan membina sebuah tapak perkhemahan kembara dan akan ditemuduga oleh Ketua Pentaraf.

Seseorang calon juga dikehendaki : -
1. menyediakan jadual semua simpulan & ikatan yang telah dipelajari
2. membuat peti pertolongan cemas
3. model projek perintis
sebelum perkhemahan dijalankan

Secara ringkasnya, semua ilmu berpengakap telah dipelajari sebelum ini akan diuji semasa Pentarafan Pengakap Raja. 

sejarah pengakap

Sejarah Pengakap Dunia
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakapbermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. PergerakanPengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakanpengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negarapengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Di Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )